Monday, January 18, 2016

2016 cabaran baru kini bermula.

Setelah 2015 melabuhkan tirainya dengan meninggalkan berbagai kejayaan, kini tibalah masanya warga SK Desa Tasik menyahut cabaran baru. Maka satu pertemuan dengan ibubapa pelajar Tahun 6 di Datara Ilmu pada 16 Januari 2016 untuk membincangkan program untuk murid tahun 6. Ceramah keibu bapaan telah di sampaikan oleh Dr Aziz bin Sahat. Semoga semua mendapat faedah di atas kehadiran pada hari itu.



Wednesday, January 5, 2011

Harga Petrol

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.


Kepada guru-guru, jangan stress....



( Sekadar hiasan, pasukan Bomba SKDT akan membantu anda.)


"....harga RON97 naik? Kami okey,"

Thursday, November 5, 2009

Perkhemahan Sungai Congkak


En. Syahman. Kem Komander


Para pendatang sedang bersedia untuk menyeberangi sempadan.



Mari memasak....



Bersedia untuk meneroka keindahan hutan hujan tropika.



Aktiviti malam.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang Ramadan

Esok atau lusa kita akan mula berpuasa. Inilah peluang kita untuk menambahkan ibadah dan meningkatkan keimanan. Buat anak murid, bulan puasa ini akan ditemani dengan cuti seminggu, gembiralah. Sebabnya boleh berehat saja di rumah. Jangan lupa belajar pula.

Thursday, May 14, 2009

Sukan Tahunan

Sukan tahunan SKDT telah berlangsung di Stadium MSN, BUkit Jalil. Maaf kerana lambat post. Berikut adalah gambar kenang-kenangan.
Kami dah menang.
Tempat istimewa kami, atas penutup longkang.

Siapa nak makan KFC?

Acara sukaneka.

Acara lumba lari.

Acara rehat.

Kamilah Juara!

Kami pun.
Ala-ala pendekar gitu.

Patutlah cuaca begitu panas, matahari ada berhampiran rupanya.

Encik Nik Arif mengetuai pasukan Rumah Olimpik.

Barissss....!


Acara mencari barang-barang tersembunyi.

Kami semua dah cukup bersukan di rumah.


Para penyokong rumah merah sedang kepanasan.



















Thursday, April 30, 2009

Rasulullah, Lahirmu Membawa Cahaya

11 April yang lalu, warga SKDT telah mengadakan satu sambutan bersempena memperingati kelahiran Rasulullah SAW . Acara dimulakan dengan berselawat ke atas Nabi beramai-ramai dan diikuti dengan membawa membawa sepanduk menglilingi padang DBKL yang berhampiran. Selain daripada itu, diadakan juga pertandingan nasyid antara kelas, kuiz dan juga cermah agama. Semua murid muslim telah diminta supaya berpakaian baju melayu dan berbaju kurung.

Ada juga murid-murid yang membawa pulang hadiah kerana berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul. Pengacara majlis pada hari tersebut adalh Ustaz Malip yang berjaya menghidupkan suasana dan membawa bentuk baru cara-cara menjawab soalan kuiz. Bagi saya, ianya sangat tidak dapat dilupakan.


Murid yang paling bergaya dan kemas.




Peserta pertandingan nasyid sedang bersiap sedia.

Sir Abd Malek sedang mengawal perbarisan dengan penuh dedikasi.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agong PIBG telah dijalankan pada 28 Februari yang lalu. Ianya berlangsung di Dataran Ilmu SKDT. Pelbagai agenda yang di bincangkan dan juga ahli jawatankuasa yang baru turut dilantik
AJK pendaftaran sedang bertugas

Pada masa yang sama, turut berlangsung Hari Penyampaian Hadiah 2008. Upacara perasmian dijalankan oleh Tn Haji Izwan. Semoga kerjasama erat di kalangan ibu bapa dan guru terus berkekalan.


Puan Zakinah sedang menyampaikan hadiah


Persembahan tarian dari murid-murid Tahun 3